Tak tahu kenapa kucing ni pelik berbanding dengan kucing-kucing lain. Hari tu masa jemaah tengah solat kat Nurani Putera, kucing misteri tu tiba-tiba masuk surau. Dengan lemah lembut dia berjalan merentasi jemaah yang tengah solat. Daripada saf paling belakang dia masuk ke saf depan, masa tu saya terkejut sangat sebab tiba-tiba kucing tu berhenti dan duduk berehat betul-betul kat depan saya. Masa tu saya jadi imam. Dalam hati dah takut dah, bukan apa, takut kalau-kalau kucing tu terkam saya masa nak sujud.
Daripada ruku', i'tidal, lepas tu masa nak sujud, saya tutup mata. Takut kalau diapa-apakan oleh kucing tu. Tiba-tiba waktu tengah sujud, terasa macam apa sesuatu sentuh kepala. Kucing tu nak bermesra dengan saya rupanya. Nasib baik masa tu dah rakaat terakhir. Kalau tak, entah apa lagi yang dia akan buat. Yang peliknya lagi, lepas je saya bagi salam, kucing tu tiba-tiba beredar.
Dalam hati saya terfikir. Agaknya kucing ni faham apa yang kita tengah buat masa tu. Sujud menyambah Tuhan pencipta alam. Tuhan kita, juga Tuhan kucing misteri tu. Subhanallah. Beruntungnya jadi kucing tu. Tak perlu nak fikirkan masa depannya di dunia apatah lagi di akhirat. Bila meninggal dunia, maka tamatlah segala-galanya. Tak akan dihisab di Mahsyar di hadapan Ilahi. Tak tahulah apa nasibnya akan diri saya sendiri. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan semua kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
"4JJl ghoyatuna"
-al-
21 April 2008
10.20 malam
R308, Nurani Putera.
10 comments:
Salam, tadi baru akak main2 ngan kucing ni kat susur gajah tu.Memang kucingni setia di rumah yang ditakdirkannya itu..
~"Berkasih sayanglah dengan segala hidupan disekelilingmu kerana mereka juga makhluk Tuhan. SUBHANALLAH"
kucing ni tengah manic episode.. serius.. bipolar with psychotic feature
Astaghfirullah hal'azim..tak baik cakap begitu anonymous. Kucing tu juga hamba Allah Ta'ala. Allah Ta'ala cipta kita, Allah Ta'ala juga yang cipta kucing tu. Hakikatnya kita semua menumpang di bumi kepunyaan Allah Ta'ala...
Semoga kita semua dirahmati Allah empunya alam ini.
-al-
Salam`alayk~
Kucing itu pasti mendoakan kalian berjaya di dunia & di akhirat kelak. Nasihat saya: Jangan buli kucing!
salam.. hehehe.. comelnya kucing tu.. tu sbb ana respect ngn akhi arrifin ni.. sbb pmikiran dia berbeza.. kdg2 org xnmpak sst benda tu, tp dia sorng je yg nmpak.. sensitivity akhi tnggi skit kot..=)dulu, ana rs pmikiran begini la y merumitkan keadaan.. tp bila pk balik, bgus jgak akhi ni.. nway, thniah sbb dh wat blog.. ana br je lawat blog akhi.. =)teruskan perjuangan demi Allah dan Rasul..
salam..
saje nak kongsi pengalaman...tentang seekor kucing di nurani tp tak pasti kucing yg mana satu.ada satu hari tuh... sy ada beli nasi dagang semasa dlm perjalanan ke usmkk.sy pun singgah kat nurani kafe utk makan.(dlm pukul 8 pagi kot)..tgh syok2 duk mkn..tiba2 ada seekor kucing dtg kat meja sy n then cuba memanjat atas meja.disebabkan fobia kat kucing...sy trus lari...kucing tuh pun tanpa segan2...trus mkn nasi sy.Sy sedih jugak tp dlm masa yg sama sy sedar bahawa rezeki kita ni tuhan yg tentukan.selagi tak masuk dlm mulut kita...slagi tuh bukan rezeki kita.sjak ari tuh...sy tak pi dah kafe nurani.Hanya satu sbb...sy takut kat kucing.uhuhu
kesiannya kt anonymous..nak buat macam mana, dah rezeki kucing tu kan?..knpa ananymous takut sgt kucing?..ke ananymous ada eleggic kt kucing?..@ ananymous ada spesific fobia pd kucing..kalau ada spesific fobia pd kucing, al nasihatkan ananymous seek treatment asap..
ntahla...sy ni rasa mcm fobia kat bulu yang bernyawa(sbb teddybear bleh je pegang)...so kalu tikus ke...anak ayam ke...mmg takleh pgg.Tp sbb kucing ni...kat mana2 ada..kesannya nmpk sgtla.owh,ada treatment ke?sy ingatkan...seumur hidup sy akan mcm ni.sy hrp dpt merawatnya sbb sy benar2 malu bila nngs dpn org ramai sbb takut kat kucing(i can't control it)...nk kata ada pnglmn pahit psl kucing,takde plak.(seingat syla)..thanks for ur information..i will try to find that treatment.
macam ni ananymous...sebenarnya phobia adalah sejenis "enxiety disorder". Phobia boleh dibahagikan kepada 2 jenis
1-specific phobia (takut pd binatang, ketinggian, kematian dll)
2-social phobia (perasaan takut/ gemuruh bila bersama2 dengan orang ramai)
Sebenarnya ada 2 cara yg boleh dibuat untuk treat specific phobia (menurut Dr Mohd Jamil, Department psychiatric):
1-exposure therapy
2-systemetic desensitization
kalau nak tahu detail berkenaan dengan kedua2 therapy ni, ananymous boleh tanya Dr atau sekurang2nya 4th @ 5th year yang dah posting psychiatric. Al doakan ananymous dapat hilangkan fhobia ananymous pada kucing tu nanti. jangan lupa berdoa pada Allah Ta'ala. Sebab, Dialah yang sebenarnya yang memberi penyakit dan menyembuhkan penyakit.
wallaahua'lam...
-al-
salam 'AL'..byk gak org komen pasal kucing ni.tiba2 teringatkan haiwan lain yg mulia.anjing.
'Beruntung Anjing karena mencintai Ashhabul Kahfi mana mungkin aku celaka karena mencintai keluarga Nabi.' (Mawar Karbala)
Post a Comment