Saturday, April 12, 2008

Pelik..tapi benar.



7 Eleven vs Kwik Stop
Ramai yang tahu Kwik Stop depan Hospital USM adalah milik orang Islam & 7E (7 eleven) tepi Bank BSN milik bukan Islam tapi yang peliknya ramai yang lebih prefer pergi 7 E berbanding Kwik Stop. Tak tahu kenapa. Kalau nak difikirkan, kedua-duanya menawarkan perkhidmatan 24 jam. kedua-duanya ada aircorn. Kedua-duanya menjual item yang lebih kurang sama.

Apa bezanya Kwik Stop dengan 7E yang menyebabkan ramai lebih cenderung ke 7E berbanding Kwik Stop?. Kalau nak kata 7E lebih murah, ia tidak benar sama sekali. Sebab Kwik Stop menawarkan harga yang sama bahkan ada sesetengah barang, harganya lebih murah berbanding 7E.

Saya teringat, masa jadi penemuduga untuk keahlian MSFT (Medical Student fasilitator Team) beberapa hari yang lepas. Bila saya ajukan soalan, kenapa siswa/i lebih "prefer" 7E berbanding Kwik Stop?. Antara jawapan yang diberi adalah kerana kedudukan Kwik Stop jauh sikit (daripada desa?) berbanding 7E.

KFC vs EFC
Ramai yang tahu EFC (Eddlee Fried Chicken) tepi Bilal milik orang Islam & KFC (Kentaki Fried Ciken) depan Pustaka Seri Intan milik bukan Islam, tapi yang peliknya ramai prefer pergi KFC berbanding EFC.

Sedih sangat bila memikirkan nasib saudara seagama.kalau sahabat-sahabat masih ingat, suatu masa dadulu EFC cukup sinonim dengan sebahagian siswa/i kampus kita, bila ada masa terluang, namun sekarang EFC semakin dilupakan. EFC yang dulunya selalu dikunjungi namun sekarang EFC seolah-olah membilang hari untuk "gulong tikar". Kalau dulu kita tengok EFC sentiasa dipenuhi pelanggan, tapi sekarang ia semakin hari semakin berkurang. Berbeza keadaannya dengan KFC yang baru je bertapak di Kubang Kerian namun ia mendapat sambutan yang sangat hebat. Tak putus-putus pelanggannya terutama dikalangan siswa/i USM.

Tak tahu kenapa ini boleh berlaku, mungkin kita terpaksa mengakui yang lokasi EFC jauh sikit berbanding KFC. Mungkin juga kita kena akui yang KFC lebih selesa berbanding EFC. KFC ada aircond EFC hanya ada kipas, KFC berbumbungkan konkrit, EFC hanya berbumbungkan langit. Namun apakah itu alasan yang boleh kita gunakan untuk kita menafikan hak saudara seagama kita?.

Bukan niat dihati untuk promosikan Kwik Stop ataupun EFC. Saya tak dibayar 1 sen pun untuk tulisan ni. tapi sekadar mengajak sahabat-sahabat semua untuk mendahulukan produk orang Islam berbanding produk bukan Islam. Orang Islam kena bersatu untuk sama-sama pertingkatkan ekonomi ummatnya. Bukannya kita tak boleh beli barang-barang yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam, tapi prioroti hendaklah diberikan kepada barangan orang Islam.

Utamakan barangan ummat Islam.

4JJl ghoyatuna"


-al-
9.39 malam
R308, Nurani Putera

1 comment:

Anonymous said...

Isu Murtad

Segala puji bagi tuhan yang mentadbir sekalian alam, Dialah yang maha mengasihi dan dialah jua yang maha menyayangi hamba-hambanya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al Ma’idah, 5:3 yang mana Allah mengatakan bahawa agama Islam ini telah disempurnakan sebagai satu agama yang diredhai dan paling benar disisinya. Ini menunjukkan betapa sebagai seorang Islam, mereka harus mempercayai bahawa Islamlah yang paling benar di sisi Allah

“…..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu……”[5:3]

Islam sendiri bermaksud menyerahkan segala-gala yang ada pada diri dengan menyembah Allah yang maha esa. Akan tetapi, sungguhpun Islam adalah agama dan cara hidup yang benar disisi Allah S.W.T, seseorang tidak wajar dipaksa untuk menganut agama ini. Mengenai hal ini, Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al- Baqarah, 2:256 yang bermaksud

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)….” [2:256]

Berbalik pula pada soalan yang diutarakan berkenaan murtad. Adakah orang yang murtad itu dikenakan hukuman bunuh? Tidak semestinya. Allah telah menggariskan bahawa orang yang murtad dan kemudiannya menimbulkan fitnah terhadap islam, maka golongan sedemikian inilah yang harus diperangi sehingga mereka tidak lagi menyebarkan fitnah terhadap Islam.

Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim [2:192-193]

Di dalam Al- Quran tidak kurang daripada 20 ayat yang menerangkan tentang murtad. Dalam ayat-ayat tersebut, tidak ada satupun ayat yang mengatakan bahawa orang yang murtad itu patut dibunuh. Sesiapa yang ingin meninggalkan agama islam untuk mengamalkan agama lain, maka dia bebas berbuat demikian. Di sini saya nyatakan beberapa petikan surah daripada Al Quran tentang murtad.

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela..” [5:054]

“..Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu”[24:54]

Anda tentu tertanya, kalau benarlah dalam Al-Quran ada menyatakan tentang murtad dan mereka yang murtad boleh menganut agama baru dengan aman, kenapa keadaan di Malaysia jauh bezanya. Dalam konteks negara Malaysia, perlu diingat bahawa perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui pleh nenek moyang kita yang pelbagai agama telah bersetuju untuk memelihara kedaulatan agama Islam. Mereka juga telah bersetuju bahawa agama selain daripada agama islam tidak boleh menyebarkan dakwah kepada orang islam. Akan tetapi sekiranya masih ada yang ingin murtad, mereka dibenarkan berbuat demikian dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sehingga ke hari ini, mahkamah syariah telah mengendalikan banyak kes murtad.
Cuma baru-baru ini kes Lina Joy telah dihangatkan. Dia yang ingin murtad telah bertindak untuk mengisytiharkan murtad di Mahkamah persekutuan sedanglkan bidang kuasa berkenaan Murtad adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah syariah. Tetapi dari segi teknikalnya, dia sebenarnya telahpun murtad. Hal ini kerana murtad boleh berlaku melalui tiga cara iaitu melalui niat didalam hati ingin murtad, melalui ikrar lidah dan juga perbuatan yang menolak islam. Jadi, tidak semestinya apabila diisytiharkan murtad oleh mahkamah barulah seseorang itu dikatakan murtad.
Satu lgi hal berkenaan Lina Joy yang ingin membuang perkataan Islam di kad pengenalannya. Walaupun Lina Joy secara sahnya bukan lagi menganut agama Islam tetapi perkataan islam tidak dapat dibuang daripada kad pengenalannya adalah disebabkan perlembagaan yang telah bersetuju bahawa definisi bagi orang melayu ialah ISLAM. Oleh yang demikian majoriti 2/3 daripada ahli parlimen diperlukan untuk meminda akta ini. Jadi masalah Lina Joy adalah berkaitan dengan perlembagaan negara dan bukannya perlembagaan Islam.

Oleh Bro Jacknaim, friendly comparative religion. Sebarang komen atau maklumbalas bolehlah diemelkan ke jacknaim@googlemail.com.