Tuesday, July 1, 2008

Bagaimana?

Bismillahirahmaanirrahiim...
Assalaamualaikum...

Kepada semua sahabat, pihak PSP sekarang dalam perancangan untuk menyusun tindakan yang konstruktif dalam usaha mengingkatkan prestasi akademik siswa/i PPSP terutamanya siswa/i tahun satu yang dilihat semakin merosot kebelakangan ini.

Banyak spekulasi yang kita dengar tentang punca kenapa perkara ini berlaku. Ada yang mengaitkannya dengan sistem kurikulum yang baru, ada juga yang mengaitkannya dengan masalah sikap siswa/i itu sendiri dan banyak lagi teori yang kita dengar disana-sini. Apa-apapun, pihak PSP akan mengadakan sedikit kajian untuk mencari punca sebenar kenapa perkara ini berlaku. Kajian yang akan dilakukan oleh biro R&D tersebut insyaAllah akan merangkumi segala aspek yang berkaitan. Hasil daripada kajian berkenaan, insyaAllah akan kita gunakan bagi merangka plan tindakan untuk meningkatkan kembali prestasi akademik siswa/i PPSP.

Kita telah meminta pandangan daripada TDA serta doktor-doktor yang berkaitan berkenaan dengan apa yang mungkin kita boleh lakukan. InsyaAllah kita akan terjemahkn dalam bentuk tindakan selepas sesi baru bermula. Pihak PSP masih mengalu-alukan sebarang cadangan daripada sahabat-sahabat semua, apa yang boleh kita sama-sama lakukan bagi memastikan jumlah kegagalan ini dapat dikurangkan seminima yang mungkin. Cadangan serta pandangan dari sahabat-sahabat sekalian sangat-sangat kita hargai. Wallahu'alam.

"4JJl ghoyatuna"

"Kebajikan Terjaga, Akademik Terpelihara"

-al-

selasa I 1 Julai 2008 I R308 I Cuti

No comments: