Thursday, July 17, 2008

Penubuhan Sekteriat Akademik PSP

Setelah tertangguh sekian lama, alhamdulillah petang tadi pihak PSP telah mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan wakil semua batch bagi mendapatkan pandangan serta cadangan dalam rangka untuk kita tingkatkan prestasi akademik dikalangan siswa/i PPSP. Mesyuarat yang dihadiri oleh YDP, Saudara Zaim (Exco Akademik), Saudara Syidi (Exco R&D) serta semua wakil year berfokuskan untuk mencari punca kenapa ramai di kalangan siswa/i PPSP gagal dalam profesioanal 1 & 2 yang lalu serta menyusun strategi bagaimana prestasi tersebut dapat dipertingkatkan.

Hasil mesyuarat.

Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khusus yang dikenali sebagai Sekteriat Akademik PSP yang dibentuk dibawah biro akademik PSP. Jawatankuasa yang terdiri daripada semua wakil year yang berfungsi untuk menyusun plan tindakan bagi mencapai sasaran untuk mengurangkan jumlah siswa/i PPSP yang gagal dalam peperiksaan. Dalam mesyuarat tersebut, banyak cadangan serta idea telah disenaraikan untuk sekretariat tersebut laksanakan dibawah kapasitinya sebagai jawatankuasa khusus Persatuan Sains Perubatan. Kita akan cuba buat rundingan dengan pihak Persatuan Sains Pergigian untuk bersama-sama dengan PSP untuk menggerakkan sekretariat tersebut.

Sebarang cadangan atau persoalan berkenaan dengan kretariat ini bolehlah terus disalurkan kepada Exco Akademik PSP (saudara Zaim Asneil M5 - 0126638376) atau pengerusi Sekretariat Akademik PSP (Saudara Haizam M4 - 019-99322604).

Kerjasama daripada semua siswa/i diucapkan jazakumullakhairal jaza'.

-al-
Yang diPertua
Persatuan Sains Perubatan
0179743297
al_aarifin@yahoo.com
www.al-aarifin.blogspot.com

No comments: