Friday, July 11, 2008

Menulis Menggunakan 'Sistem Al'

TULISAN SISTEM AL

Pengenalan
Sistem ini Al cipta ketika Al belajar di Sekolah Maahad Muhammadi.
Nama Sistem adalah berdasarkan nama orang yang menciptanya (jangan marah!). Sistem Al pada awalnya digunakan untuk tujuan menjimatkan ruangan untuk menulis(maklumlah pelajar sekolah arab kena banyak menulis masa tu) sebab setiap huruf vokal dibuang dan diganti dengan baris. Harap sahabat-sahabat dapat mengambil munafaat daripadanya. Jika ada persoalan, Al sentiasa terbuka untuk berkongsi insyaAllah.

Apakah itu Tulisan Sistem Al?
•Kaedah yang digunakan untuk menulis dengan menggabungkan huruf-huruf (alphabet) daripada bahasa melayu dengan sistem baris daripada bahasa arab.

Kaedah :
Kaedah 1 - Setiap huruf vokal digantikan dengan baris.


Kaedah 2 - Huruf vokal yang berada di awal perkataan dikekalkan. Contohnya seperti berikut :

Kaedah 3 - Untuk kes huruf vokal yang berturut-turut, huruf vokal pertama diganti dengan baris, huruf yang seterusnya dikekalkan. Contohnya :

Kaedah 4 - Simbol untuk nombor dalam Sistem Al adalah mengikut no dalam bahasa arab seperti berikut :
Contoh Tulisan tangan dengan menggunakan Sistem Al.
Terjemahan al-Qur'an surah al-Asr, ayat 1-3.


(klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas)
Wallahu'alam.

al - Maha Engkau, sesungguhnya aku tidak punya ilmu sedikitpun melainkan apa yang Engkau berikan kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Jumaat I 11 Julai 2008 I R308

No comments: