Medical Student Fasilitator Team atau singkatannya MSFT, itulah gelaran yang telah kami (hicom PSP sesi 2007/08) persetujui sewaktu kami berbincang berkenaan dengan nama yang sesuai untuk kumpulan fesilitator tersebut. Teringat akan saat bagaimana MSFT bermula. Ketika itu dilontarkan suatu cadangan supaya sama-sama difikirkan macam mana kita nak gunakan kelebihan kita sebagai 'medical student' untuk faedah siswa/i perubatan khususnya dan kepada masyarakat umumnya.
Teringat lagi saat dimana aku makan tengah hari bersama abg Saiful (Master Student, Jabatan Pendidikan Perubatan) di kafeteria PPSP, sambil makan, aku cuba bincang dan minta pandangan abg Saiful berkenaan dengan perkara tersebut. Pada fikiranku abg Saiful adalah orang yang sangat tepat untuk aku bincang berkenaan dengan perkara tersebut memandangkan abg Saiful mempunyai banyak pengalaman berkenaan dengan aktiviti siswa/i PPSP. Abg Saiful antara figure penting yang memulakan Big Sib. walaupun perbincangan kami waktu itu tidaklah lama tetapi itulah sebenarnya saat bermulanya idea penubuhan satu kumpulan fasilitator. Idea tersebut sangat bernilai pada pandanganku.
Daripada saat itu aku terus berfikir dan berfikir, bagaimana mungkin aku boleh kembangkan idea tersebut. Islam mengajarku untuk sentiasa berbincang dalam mencari penyelesaian terbaik dalam apa jua perkara. Oleh itu aku bawa berbincang idea tersebut dengan sahabat karibku, akhi Muhaimin yang juga merupakan NYDP 1 Persatuan Sains Perubatan ketika itu. Ternyata akhi Muhaimin sangat berminat dan memberikan satu sokongan yang sangat baik. Apa tidaknya, dia tentunya suka bila bercakap berkenaan fasilitator kerana dia seorang yang cukup terlatih dalam aspeks fasilitator. Apa yang aku tahu, dia seoarang yang sangat aktif dan terlibat dengan banyak program motivasi terutamanya kepada pelajar sekolah menengah, jadual program terutama program luar kampus Muhaimin mengalahkan jadualku.
Selain akhi Muhaimin, aku juga mendapatkan pandangan serta cadangan daripada sahabat-sahabat lain. Antaranya akhi Syidi (exco R&D PSP) & ukhti Syazana Rifham (SU1 PSP). Tidak dilupakan juga sahabat hicom serta exco -exco PSP yang lain (maaf kiranya aku lupakan kalian). Melihat kepada penubuhannya yang masih baru, kami telah berbincang dan bersetuju untuk meletakkan team tersebut dibawah pemantauan exco R&D. Kami melantik akhi Fazli (medic 2nd year) untuk menjadi pengarah pertama team tersebut. Waktu itu alhamdulillah akhi Fazli menerima dengan hati yang terbuka walaupun pada pandanganku, bukan senang untuk seseorang itu membuat keputusan untuk mengendalikan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh siswa/i yang lain. Pada pandanganku, Fazli adalah orang yang paling sesuai.
Setelah aku jelaskan secara terperinci tentang team tersebut kepada fazli, aku meminta Fazli laksanakan tugasan yang pertama iaitu merangka membuat kertas kerja cadangan penubuhan team tersebut. Kami merancang untuk merealisasikan idea penubuhan team tersebut melalui beberapa fasa iaitu :
Fasa 1 - Menjalankan survey di sekolah-sekolah menengah sekitar Kota Bharu
Fasa 2 - Melatih ahli team berkenaan dengan ilmu fasilitator
Fasa 3 - Mulakan operasi
Selepas idea penubuhannya nampak semakin jelas, kami bawa perkara tersebut dalam mesyuarat hicom serta exco PSP untuk dibentangkan. Masih jelas dalam ingatanku, saat dimama akhi Fazli membentangkan cadangan penubuhan team tersebut dalam bentuk power poin di bilik tutorial 19. Semua hicom serta exco PSP waktu itu mendengar dengan penuh teliti. Alhamdulillah, semua menunjukkan reaksi positif apabila perkara tersebut dibentangkan. Asalnya nama team tersebut adalah PSP fasilitator team(PFT), tapi kami telah mengubahnya kepada Medical Student Fasilitato Team untuk "mengangtarabangsakan" nama team tersebut.
Bermula dengan sekadar lontaran idea, MSFT akhirnya diterjemahkan dalam bentuk realiti. Mungkin ramai yang masih kabur berkenaan dengan masa depan MSFT dan mungkin ada juga yang masih tidak menyedari akan kewujudan team ini. . Walaupun aku bukan ahli kumpulan tersebut, namun secara peribadi aku melihat masa depan yang cukup cerah untuk team ini. Tentunya ramai tertanya-tanya kenapa pengarah pertamanya dilantik bukan dari kalangan hicom serta exco PSP. Jawapan kepada persoalan ini adalah, untuk memastikan kesinambungan team tersebut diteruskan walaupun kepimpinan PSP bertukar. Hicom serta exco PSP akan silih berganti bila tiba masanya, namun MSFT akan terus di pimpin oleh pengarah serta jawatankuasa penajanya sehinggalah MSFT yang waktu itu baru mula bertatih dapat berjalan serta berlari dengan baik.
Beberapa hari lagi, kami para hicom serta exco PSP 2007/08 akan menyerahkan tugasan kepada mereka yang akan menggantikan kepimpinan PSP untuk sesi seterusnya. Aku yakin yang pimpinan PSP yang baru akan dapat melakukan banyak perubahan kepada lanskap kepimpinan PSP. Namun jauh disudut hatiku, inginku menyampaikan pesanan serta harapanku kepada mereka. Pesanan agar kewujudan MSFT ini tetap diteruskan sehingga ke akhirnya.
-al- Alangkah baiknya jika aku masih muda remaja di waktu MSFT berada di kemuncaknya. Namun hakikatnya aku telah 'tua' dan akan meninggalkan kampus ini bila tiba masanya!
Jumaat / 1 Ogos 2008 / R308 Nurani Putera
No comments:
Post a Comment