Thursday, July 17, 2008

Siswa/i Dilarang Memasuki Wad NICU!

"Semua pelajar dilarang masuk ke NICU sampai hari ahad" itulah arahan Dr Noraida kepada kami yang oncall pada pagi tadi di wad tersebut. Bila Al tanya kenapa, doktor kata,
"Sebab sekarang NICU ada infection & mungkin you all la yang bawak masuk infection tu".

Sedih sangat sebab tak dapat masuk NICU. Kenapa hari ni, kenapa tak esok ke lusa ke?. Time Al Oncall, time tu la NICU kena infection. itu la akibatnya, bila disuruh basuh tangan sebelum betul-betul sebelum masuk NICU, ada yang ambil sambil lewa arahan tu (bukan kita la tapi orang lain). Sekarang ni tengok apa yang dah berlaku, kan semua orang dah susah?.

Kepada sahabat-sahabat yang akan posting di NICU nanti, Al nak pesan, pastikan semua arahan dipatuhi ketika memasuki wad NICU. Masuk kena basuh tangan betul-betul, jangan pegang baby sebelum sapu bactol @ desmanol pada tangan & basuh tangan selepas pegang baby, satu lagi, tak payah nak pakai smat2 dalam NICU (pakai tai apatah lagi paklai white coat). Semua tu source of infection!.

al- Prevention is much more better then cure!.

Jumaat I 18 Julai 2008 I R308

No comments: