Sunday, July 6, 2008

Isu Penginapan...Apa Masalahnya?

Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalaamualaikum..

Disana-sini ramai siswa/i bercakap berkenaan dengan isu desasiswa. Kebanyakannya melahirkan rasa kurang senang dengan apa yang berlaku. Walaupun kita yakin pihak HEP & Desa telah sedaya berusaha untuk memberi keselesaan kepada kita semua, namun disana timbul juga pelbagai masalah yang mungkin tak dapat dielakkan.

Final year ada yang tak puas hati sebab terpaksa duduk bilik 4 orang walaupun sepanjang sejarah USMKK, rasanya tak pernah final year duduk bilik 4 orang. Itu tak dikira lagi yang langsung tak dapat desa (dalam kampus mahupun desa UPPU).

Semalam pihak PSP & MPP telah mengadakan lawatan ke UPPU untuk melihat sendiri keadaan penginapan disana. Rata-rata penghuni disana melahirkan rasa kurang senang dengan penempatan yang disediakan. Terlalu banyak masalah. Dari sudut keselamatannya sehinggalah masalah keselesaan untuk study. Mereka kebanyakannya membuat keputusan unttuk mencari rumah sewa sendiri.

Pihak MPP, PSP mahupun persatuan2 lain ingin mendapat feedback daripada sahabat2 semua. Kalau ada apa-apa masalah yang timbul berkenaan dengan isu desasiswa ini. Kita nak kumpulkan masalah tersebut & insyaAllah kita akan cuba minta penjelasan pihak HEP @ desa selepas ini. Kerjasama dari semua sahabat-sahabiah kami dahulukan dengan ucapan jazakumullah khairal jaza'.

Berikut adalah gambar-gambar desa UPPU yang saya ambil tengah hari tadi.


Inilah desa UPPU (ten-ten)




masalah bising kerana berdekatan dengan jalan raya. Siswa mengadu tak dapat study dan tidur lena kerana terdapat mat-mat rempit merempit hingga ke pagi.








Bilik yang langsung tiada privasi. Katil-katil hanya dibatasi dengan dinding setinggi lebih kurang 1 meter sahaja.




Inilah ruangan yang diperuntukkan bagi setiap siswa yang menginap disana.




Pantri alhamdulillah rasanya takde masalah.




Tandas - Semuanya tandas duduk (tiada tandas cangkung)








Berdekatan dengan kawasan pembinaan.




Bilik study yang tidak selesa. Sistem pengudaraan yang kurang baik.




6 comments:

Anonymous said...

I pun dah pergi jenguk bila ade member kite complain. Mmg tak patut pihal desa buat sebegini. Kalau sementara ok la tapi jgn utk jangka masa panjang. Mmg byk masalah yg i jangka boleh timbul. Antara yg Al tidak nyatakan ialah:

1) Crowded. Kalau ade wabak spt selesema mmg mudah merebak.

2) Panas & ventilasi yg buruk

3) Disebabkan tak cukup ruang, bilik cubicle utk shower & tandas sama. Kena beratur lah bila bangun pagi. 32 org kongsi 6 cubicle utk mandi & buang air!

4) Student kena guna servis dobi utk cuci pakaian. takde tempat nak cuci & sidai baju. Bagaimana dgn yg tak mampu?

5) Semua lampu perlu ditutup bila ade org nak tidur. Bagaimana dgn yg nak study malam?

6) keselamatan brg spt komputer yg nak disimpan. Patut dibuat pintu & bagi kunci kat penghuni. Baru rasa selamat sikit. Mana lah tahu waktu pak guard tukar shift/ pergi buang air, org masuk...

Ini i punye opinion aje lah... I pun faham pihak desa kesuntukan wang & masa utk menyediakan kemudahan yg lebih baik. At least boleh lah tinggal kat sana sementara mencari tempat yg lebih selesa & kondusif utk belajar.

Anonymous said...

bimbang sangat soal keselamatan...
nak cari rumah sewa tapi tak ade geng.
terpaksa tinggal dulu untuk seminggu dua ni.huhu.
tak tahu nak wat camne lagi.
permudahkan lah urusan hamba-Mu ni Ya Allah..

Anonymous said...

We have been notify in the website of USMKK that we were given a place in DESASISWA MURNI. and in the end, what have we got? Apart from that, there is no transparency in the way the selection is being done. We dunno the cut off points of the merit. Frm wat we have seen, even those with ZERO merit points were able to stay in the hostel. The notice was also EXTREMELY late given the circumstances. Why weren't we notify earlier instead of after the office hours 2 days before the start of the new semester? Why were we kept in the dark in everything until the very very last moment? Because of the hostel admins' arrangement, we were forced to move out due to the various problems already listed. And for the lateness of the notification, we were forced to pay higher rents as the house owners took advantage of us. Is the hostel admins going to compensate for that? There is rumours of investigation going around. But we have not seen any progress at all. Even if the investigation manage to find the problems, what will they do about the difficult situation that they have put us in?

Anonymous said...

And also, when we went to the Murni office to ask for explanation, no answer, no information was given. We were only told I don't know and even that if they know they won't tell. Do we deserve to be treated this way?

Anonymous said...

Terima kasih atas aduan sahabat2 semua berkenaan dengan isu desasiswa ni, sama aduan melalui blog2 al ni atau mlalui kotak2 cadangan PSP mahupun melalui saluran2 yang lain...insyaAllah kita akan cuba untuk sampaikannya kepada pihak atasan...

-al-
YDP
Persatuan Sains Perubatan

Anonymous said...

asrama ten ten ini adalah satu lagi contoh perbelanjaan berhemah pihak HEPP. berbelanja ribu2 yang sanggup duduk tiada. akai ada ka