Thursday, July 10, 2008

Kafe Harmoni - Kafe Baru Kita?

Mungkin tak ramai di kalangan kita semua menyedari akan kewujudan Kafe Harmoni yang terletak di belakang bangunan Pusat Pengajian Sains perubatan. Untuk makluman, Kafe tersebut masih berada dalam proses pengubahsuaian. Tak pasti apa tujuannya pihak universiti membuat perubahan ini.

Sebagaimana kebanyakan kita telah maklum, isu untuk memindahkan Kafe PPSP yang sekarang ini berada di tingkat 2 bangunan pusat pengajian tersebut telah lama diperkatakan. Namun kita hanya tak pasti bila peralihan tersebut akan berlaku. Apa-apapun, sama-sama kita doakan agar lokasi Kafe yang baru tersebut tidak akan membebankan siswa/i terutamanya siswa/i PPSP untuk turun makan di kafe tersebut.

Al berkata : Harap harga makanan tak dinaikkan oleh pihak kafe setelah berpindah ke tempat yang baru.

Khamis I 11 Julai 2008 I r308

2 comments:

Rumaisa' said...
This comment has been removed by the author.
Rumaisa' said...

rasenye nie kafe ppsk..sbb kafe ppsk kat garaj kete da tutup...walluhu'alam..