Monday, September 1, 2008

Jaundice nya Air di Kampus Kita...

Semakin hari semakin kuning air di kampus USM. Tak tahu lah apa punca perkara ni boleh berlaku. Kalau dilihat dari segi warnanya, rasa macam tak tergamak nak minum. Kalau nak buat air teh, rasanya dah tak perlu nak masukkan serbuk teh lagi, terus je masukkan gula, lepas tu kacau kemudian boleh terus minum. Warnanya sama dengan warna air teh yang dijual di kedai cotek.

Tahu tak sahabat-sahabat, itulah punca kenapa warna white coat siswa/i perubatan USM kebanyakannya tidak lagi boleh diklasifikasikan sebagai 'white'. Kerana airnya bukan lagi 'white' sebagaimana yang sepatutnya.

Disana terdapat beberapa persoalan timbul yang perlukan penjelasan daripada kita semua :
1- Apa punca perkara ini berlaku?
2- Apakah air tersebut masih selamat diminum?
3- Apakah tindakan pihak bertanggungjawab untuk menangani maslaah ini?
4- Apa pula peranan kita semua?
5- Apakah ia risk factor untuk siswa/i perubatan mendapat jaundice?

-al- Jimat duit, tak perlu beli air teh.

Isnin / 1 Ogos 2008 / 308

1 comment:

Jacknaim said...

air kuning sbab ada iron.. maklumlah bulan puasa ni ramai yg kena iron deficiency anaemia sebab tak cukup makan.. huhu selamat berpuasa