Dulu ketika Al masih di Maahad, Ust Wan Roslan (mudir waktu itu) selalu sebut yang Maahad Muhammadi adalah sebuah universiti. Al pelik, kenapa ust Wan Roslan selalu kata macam tu. Boleh dikatakan hampir setiap kali dia berucap ketika perhimpunan, ust mesti sebut perkataan itu. waktu itu Al tertanya-tanya, apa bezanya Maahad dengan sekolah-sekolah lain?
Sewaktu di Maahad, Al memang tak menyedari hakikat ini, namun bila dah berada keluar Maahad, Al rasa Al setuju dengan ust Wan Roslan tu. Bukan niat untuk nakberbangga dengan sekolah sendiri, tapi itulah mungkin hakikatnya bila seseorang itu berada di Maahad dan peluang menuntut ilmu disana dipergunakan sepenuhnya. Di sana terdapat gedung ilmu seluas lautan. Ramai ulama' serta pakar-pakar yang mengajar di sana. Daripada ilmu aqidah sesinggalah ilmu feqah, daripada ilmu nahu soraf sehinggalah ilmu tafsir al-Qur'an. Mana taknya Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah menjadi tenaga pengajar universiti ini suatu ketika dahulu.
Banyak kejayaan yang di ukir siswa/i Maahad, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara, semuanya mereka punya figure.
Kejayaan dari sudut Akademik
Ramai yang kagum dengan pencapaian akademik siswa/i Maahad. Walaupun setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, pihak media cuba menyembunyikan siswa/i Maahad, namun hakikat kecemerlangannya tak dapat di nafikan oleh sesiapa sahaja. Siapa dikalangan kita tak sedar yang setiap tahun keputusan PMR siswa/i Maahad mencecah 100 orang mendapat 9A?. Siapa tak kenal dengan adik fatimah yang mendapat 18 A dalam SPM suatu ketika dahulu?.
Walaupun siswa/i nya belajar subjek yang begitu banyak dalam masa seminggu, tapi mungkin disebabkan keberkataan yang dikurniakan oleh Tuhan, mereka mampu mengukir kejayaan yang begitu cemerlang dalam setiap peperiksaan. Ketika pelajar-pelajar di sekolah lain hanya belajar 9 subjek sepanjang seminggu, kami di Maahad belajar antara 20 hingga 25 subjek dalam seminggu. Walaupun banyak, ketahuilah yang ia adalah suatu yang normal bagi mahasiswa/i Maahad.
Kejayaan dari Sudut Kepimpinan
Waktu tingkatan 4 & 5 di Maahad dulu, Al adalah salah seorang dhobit (pengawas), tapi Al cuma dhobit biasa yang tak pegang apa-apa jawatan penting. Waktu itu guru disiplinnya adalah ust Baharudin. Al dan beberapa orang sahabat lagi pernah ditugaskan untuk mengemaskini peraturan disiplin di Maahad. Kami berbincang sesama kami apa yang perlu diteruskan, apa yang perlu diubah suai mengikut waqi' Maahad ketika itu dengan dipantau guru disiplin. Kami dilatih untuk membuat keputusan peting secara indipendent. Mungkin itu adalah antara satu kelainan Maahad berbanding sekolah-sekolah lain. Mahasiswa-mahasiswanya selalu diberi kepercayaan yang tinggi oleh pensyarah-pensyarahnya termasuk dalam bab menggubal undang-undang di kampus (sekolah).
Mungkin itulah sebabnya nama Maahad Muhammadi suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan kepimpinan mahasiswa samaada di kampus-kampus dalam negara mahupun luar negara. Daripada Universiti Malaya hinggalah al-Azhar, daripada GAMIS di Malaysia hinggalah PMRAM di Mesir, ramai pimpinan mereka mendapat pendidikan awal di sekolah an-Namuzaji ini.
Jika dilihat kepada kepimpinan dunia politik peringkat nasional, banyak nama-nama tersohor yang lahir daripada sebuah universiti bernama Mahaad Muhammadi. Exco-exco kerajaan negeri Kelantan sebagai conoth, ramai dikalangan mereka menerima pendidikan awal di Maahad Muhammadi.
Kejayaan dari Sudut ko-k
Jika bercakap soal ko-kurikulum, suatu ketika dahulu nama Maahad sangat menggerunkan kawan dan lawan. Siapa tak kenal dengan pasukan forum/ debat Maahad yang menjuarai pertandingan peringkat nasional? siapa tak kenal dengan pasukan beruniformnya yang juga masyhur di peringkat kebangsaan?
Jika bercakap soal Pengakap di Raja (Kings Scout), siapa tak kenal dengan kump. 58 Maahad Muhammadi?. Kumpulan yang telah melahirkan ratusan yang telah melepasi peringkat Pentarafan Pengakap di Raja dan di 'itiraf oleh semua raja-raja Melayu termasuk Yang Di Pertuan Agung?. Al rasa bertuah sangat sebab Al salah seorang daripadanya.
Terlalu banyak kejayaan yang diraih Maahad yang menjadikannya cukup terkenal di mata masyarakat, tak mungkin raanya untuk Al lakarkannya dalam ruangan yang terhad ini. Dulu bila sebut pelajar Maahad, masyarakat menggambarkan seseorang cukup tinggi akhlaknya, tinggi juga ilmu yang ada padanya. Begitulah hebatnya pandangan masyarakat kepada Maahadian.
Dimana Maahad sekarang?
Bila mengenangkan tentang nasib Maahad Muhammadi, Al tak pasti kemanaa hala tujunya sekarang. Dah lama betul tak dengar kabar berita daripada sana. Pensyarah-pensyarahnya juga mungkin ramai yang dah pencen atau bertukar ke sekolah lain. Adik-adik disana seorangpun Al tak kenal. Rasa sebak di dada.
Al selalu teserempak dengan siswa Maahad di Kota Bharu Bandaraya Islam. Kadang-kadang Al rasa sedih sangat melihat adik-adik junior. Dengan akhlak, tingkah lakunya yang tidak mencerminkan mereka siswa/i di Maahad. Kebanyakan daripada siswa/i Maahad sekarang tak tak rasa bangga mereka menjadi salah seorang siswa/i Maahad. Bahkan apa yang lebih menyedikan, ramai dikalangan mereka malu nak mengaku mereka belajar di Maahad. Kenapa dik?..kenapa?...Kenapa perkara seumpama ini boleh berlaku?...
Beberapa hari yang lepas, Al jalan-jalan di pasaraya Billion. Terserempak dengan seorang adik bersama rakan-rakannya. Al tak cam muka dia, tapi dia tegur Al. Katanya dia pernah belajar di Maahad. Bila diperhatikan betul-betul wajahnya, Al rasa Al ingat, ya Al masih ingat wajahnya. Tapi wajahnya sinonim dengan baju berwarna hijau muda dan bertali lehir hijau gelap (pakaian seorang dhobit). Ya, dia adalah salah seorang dhobit ketika di Maahad dahulu. Tapi bila Al perhatikan cara dia berpakaian, Al tak nampak ciri-cirinya sebagai ex-Maahadian (bekas siswa Maahad) apatah lagi bekas dhobit di Maahad. Dengan seluar jeans nya, dengan baju t-shirt lengan pendek yang tak berkolarnya. Al dapat rasakan yang macam suatu yang tak kena dengan cara penampilannya.
"Dimana tsiqah yang diajar ketika di Maahad? Dimana hilangnya identiti Maahad kita?" Al berbicara dalam hati.
Ya benar, kita tak boleh hukum seseorang berdasarkan penampilan luarannya, "Don't judge a book by its cover". Namun itu bukanlah alasan untuk mengubah penampilan kita. Lupakah kita suatu masa dahulu kita diajar untuk menjaga tsiqah masyarakat kepada kita dengan menonjolkan contoh-contoh yang baik kepada masyarakat luar sana?.
Walaupun dia masih hormat kepada orang tua macam Al ni, walaupun masih bersopan cara percakapannya, tapi..Al tak tahu lah macam mana nak komen..Kalau dulu masa di Maahad, jeans di haramkan sama sekali. Bukan kerana disana adanya larangan daripada al-Qur'an dan sunnah, tapi di sebabkan imej jeans itu sendiri mencerminkan budaya hedonism, bukan soal t-shirt round neck itu yang salah, tapi Al kita bercakap soal pandangan masyarakat. Apa pandangan kita kalau Tok Guru Nik Aziz berpakaian sama sebegitu rup[a, datang ke kuliah tafsirnya etiap pagi Jumaat di Dataran Ilmu, di bandaraya Islam. Apa agaknya pendangan masyarakat?..tentunya pelik bin ajaib.
Cemburu dengan Falahiyyah
Al rasa sedih bila mengenangkan yang Al dah tak lagi bersama adik-adik di kampus Maahad. Dah tak kenal dengan adik-adik disana. Bila Al lihat senior-senior Falahiyyah turun bersama-sama mentarbiah adik-adik mereka, Al rasa cemburu sangat. Walaupun pada pandangan Al, Falahiyyah tidaklah sehebat Maahad (maafkan Al sahabat-sahabat falahiyyah), tapi ukhuwwah sinior junior yang mereka bina sekarang menyebabkan mereka mampu menyaingi kehebatan Maahad yang suatau ketika dahulu sukar ditandingi oleh sesiapa sahaja samaada kawan mahupun lawan.
-al- Menanti bangunnya semula Empire Maahad Muhammadi di persada dunia.
Selasa / 30 Sept 2008 / 9.00 pagi / R308, Nurani Putera
No comments:
Post a Comment