Saturday, September 20, 2008

Penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam USMKK

Tahniah kita ucapkan kepada semua rakan siswa/i yang selama bertungkus-lumus untuk menubuhkan Persatuan Mahasiswa Islam di USM Kampus Kesihatan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua siswa/i tak kira bangsa atau agama, senior atau junior, yang turut serta memberi sokongan kepada usaha ini iaitu dengan menurunkan tandatangan dalam atas referendum yang disediakan pihak jawatankuasa penggerak. Walapun kita yakin yang di sana pastinya akan terdapat ribuan rintangan yang pastinya menghalang, namun yakinlah sahabat-sahabat yang Allah bersama-sama kita jika kita berada dipihak yang benar. Semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Jalla wa 'Ala.

Sahabat-sahabat, dah tiba masanya untuk kita lakukan satu anjakan paradigma, mengubah perspeksi masyarakat kampus kita ke arah lebih cakna kepada agamanya. Walaupun usaha ini telah lama diusahakan oleh generasi terawal, namun ketahuilah yang inilah masanya yang paling sesuai untuk kita sama-sama terjemahkan ia ke bentuk realiti bukan lagi fantasi.

Siru 'ala barakatillah...

"Bersama ke Arah Mahasiswa Sejahtera"

-al- Alangkah indahnya jika aku masih muda remaja. Inginku membantu mereka semua membela agama. Namun apakan daya aku sudah 'tua' tak bermaya dan aku akan tinggalkan kampus ini bila tiba masanya...

Ahad / 21 Sept 2008 / 1.37am / R308 Nurani USMkk


2 comments:

Anonymous said...

kenapa logo ni "bunga yg gugur"?

nooraniza mohd kassim said...

Assalamualaikum..

Bunga yang gugur ini ibarat fitrah kejadian manusia. Sampai bila kita akan 'bergantung' (hidup) di dahan dan pokok(dunia) yg juga akan mati suatu hari nanti...Sama-samalah kita memikirkan tentang keperluan mahasiswa Islam di USMKK ni.. Kalau kelab yang berunsur hiburan boleh ditubuhkan dan kenapa PMI tidak? Fikir logik la, kalau nak berhibur, tak perlu persatuan pun takpe..Lantak la korang nak menari atau menyanyi ke (pahala dan dosa tanggung sendiri la)...Tapi menyeru kepada Islam ini sudah jadi tanggungjawab seorang Muslim itu sendiri. Tujuan kita dijadikan didunia ni pun hanyalah untuk beribadat kepadaNya. Kalau tiada persatuan yang boleh membimbing umat Islam kampus USMKK ni ke arah yg diperintahkan Allah, tunggulah sampai balasan Allah tiba..Bukan nak menakut-nakutkan, tapi sedarlah manusia semua! PMI hanya sebagai jalan dan pemudah cara, terpulang kepada mereka yang bijak untuk memilih. Jika langsung tiada usaha kita untuk ke arah menyemarakkan dakwah Islam, jawablah sendiri ketika tangan dan kaki kita disoal diakhirat nanti..ketika itu mulut kita yang selalu cakap berapi-api dan menipu serta mencaci akan terkunci rapi..Ingatlah azab Allah, janjiNya pasti.

p/s:sory terlebih komen