Wednesday, September 17, 2008

HUSM - Hospital Mesra AQIDAH?


Gambar notis ni Al ambil dalam bilik kaunseling Wad 2 Intan. Walaupun mungkin pada pandangan kita notis ini cukup ringkas, tapi maksud disebaliknya sangat penting untuk difahami serta amalkan. Cuba kita bayangkan betapa indahnya suasana Islam di wad-wd kiranya perkara ini dipraktikkan oleh semua warga hospital termasuk siswa/i perubatan & kejururawatan. Semua doktor (muslim) bila jumpa pesakit, diucapkan Assalaamualaikum. Semua stafnurse sebelum memulakan sebarang procedur kepada pesakit, dimulakannya dengan ucapan Bismillahirrahmaanirrahiim. Semua siswa/i Perubatan sebelum tinggalkan pesakit, di doakan kesejahtaraan mereka. Alangkah indahnya suasana iman ini jika kita semua lakukan di Hospital yang kita sayangi ini.

Diriwayatkan dalam satu hadis sahih riwayat Imam Bukhari, satu hari Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat baginda, apakah amalan yang terbaik.

Rasulullah menjawab :

"Kamu beri makan dan kamu mengucapkan salam kepada orang kamu kenal mahupun orang yang kamu tak kenal"

Kita seharusnya rasa bangga kerana Hospital USM merupakan Hospital Mesra Ibadah yang sangat menekankan soal pengisian kerohanian kepada para pesakitnya. Siapa tak kenal Ust Marzuk, Timb Pengarah Hospital bahagian Hal Ehwal Agama Islam. Beliau adalah orang yang penting dalam memperjuangkan Hospital Mesra Ibadah ini.

Sebenarnya kalau diperhatikan, banyak lagi perkara yang dilakukan oleh pihak Hospital Pentadbiran Hospital sebagai pengisian kepada Hospital Mesra Ibadah ini. Antaranya jika kita perhatikan di wad-wad pihak hospital kita sediakan:

-Air untuk berwudu' (dalam bentuk semburan)

-Debu untuk tayammum (dalam bentuk paket)

-Buku panduan solat pesakit

-Poster kaifiyat solat pesakit

-Skrip doa kepada pesakit ditampal di setiap katil

-Tempat untuk solat di wad-wad

-Tazkirah kepada pesakit di wad (disampaikan oleh ust marzuk sendiri)

-Bacaan doa setiap pagi

-Azan dikumandangkan setiap aktu solat di wad-wad.

Selain itu juga, seminar-seminar yang berkaitan dengan Ibadah Pesakit juga sering diadakan di Kampus Kesihatan ini. semuanya bermatlamat untuk mendedahkan kepada doktor=doktor, siswa/i dan masyarakat kampus keseluruhannya tentang kefahaman untuk menerapkan nilai Islam yang sempurna ini kedalam diri setiap pesakit. Semoga usaha yang dilakukan oleh pihak Hospital di ganjari disisi Allah Ta'ala dengan ganjaran berlipat kali ganda.

-al- Kepada Ust Marzuk, Al cadangkan supaya pihak hospital lancarkan kempen Hospital Mesra AQIDAH. Kita perlu betulkan aqidah sebahagian pesakit kita yang terlalu bergantung kepada doktor melebihi pergantungannya kepada Allah Ta'ala...

Selasa / 17 Sept 2008 / R308 Nurani Putera

No comments: