Baru-baru ni seorang sahabat satu posting tanya Al,
"Antara solat terawih dan oncall, yang mana perlu diutamakan?"
Erm...Al tak pasti sama ada pertanyaannya itu merupakan pertanyaan untuk mendapatkan kepastian atau pertanyaan sebagai sindiran kepada Al yang waktu itu pergi oncall lewat sikit sebab Al solat terawih dulu hari tu. Bukan Al sorang, ramai lagi sahabat-sahabat lain yang datang lambat, itupun yang datang, ada jugak yang langsung tak datang. Tak tahu macam mana nak jawab. Kalau Al kata oncall itu lebih penting, macam terkena pada diri sendiri pulak. Kalau Al kata solat terawih lebih penting, memang tak logik sebab solat terawih itu hanya sunat, tapi oncall itu suatu kewajipan.
Untuk pengetahuan sahabat, actualy, bukan niat di hati untuk pergi lewat malam tu. Al jadi imam solat terawih kat surau Nurani malam tu, itu jadi lambat pergi oncall. Lepas solat terawih, Al terus bersegera ke wad. Selepas malam tu, Al dah tak solat terawih melainkan selepas balik daripada oncall.
Solat terawih tak boleh dijadikan alasan untuk datang lewat apatah lagi untuk tak pergi langsung oncall. Ummat Islam perlulah memahami keutamaan (aulawiyyat). Janganlah disebabkan nak kejar yang sunat, terabai pula yang wajib. Bayangkan kalau non-Muslim lihat kita datang lewat, mereka tak tahu yang kita solat terawih. Agak-agaknya apa yang diorang akan kata?. Tentunya ia sedikit sebanyak menjadi fitnah kepada Islam, sedangkan pada hakikatnya Islam tak ajar kita semua berbuat demikian. Agama kita pentingkan keutamaan dalam amalan, yang wajib perlu didahulukan, barulah dituruti dengan yang sunat. Itu sebabnya Yusof Qaradhowi menulis buku bertajuk Fiqh Aulawiyyat untuk menjelaskan persoalan keutamaan dalam amalan. Wallahua'lam...
P/s : kepada sahabat Al yang tegur Al tu, jazakillah atas teguran yang menusuk kalbu itu. Sangat-sangat Al hargai.
Sabtu / 13 Sept 2008 / R308, Nurani Putera USMkk
No comments:
Post a Comment