Rasa beruntung sangat dihati bila mengenangkan kami di Kelantan mempunyai seorang Menteri Besar yang begitu hebat peribadinya seperti beliau. Seorang menteri besar yang sangat amanah dengan jawatannya. Seorang yang mudah didekati rakyat tak kira tua atau muda, Melayu, Cina atau India, semuanya dianggap sebagai rakyatnya yang perlu dibela. Kepimpinannya mencerminkan keadilan Islam yang sebenar bukan seperti yang dikhabarkan oleh mereka yang cemburu dengan keindahan agama ini.
Dulu Al pernah cerita kepada seorang sahabat betapa sayangnya rakyat Kelantan kepada menteri besar mereka. Bila Al cerita yang Al sendiri pernah beberapa kali bertemu dengan tok guru secara personal untuk mendapatkan pandangannya tentangsesuatu masalah agama, dia seolah-olah merasa hairan, sedangkan ia suatu perkara biasa bagi rakyat kelantan. Al kata, kalau nak jumpa Menteri Besar Kelantan ni tak susah, setiap hari lepas solat asar kalau tok guru tak ada urusan lain, kita boleh jumpa dia di Masjid Pulau Melaka (masjid depan rumah Tok Guru) lebih kurang 3km je daripada USM. Rumah Tok Gurupun tak macam rumah menteri besar yang lain. Rumahnya kecil je macam rumah orang-orang kampung. Tak berpagar. Anytime kalau ada urusan boleh terus kerumahnya.
Tapi sayangnya, jika ditanya kepada siswa/i USM (termasuk mereka yang dari Kelantan sendiri), ramai dikalangan mereka tidak tahu akan hal ini. Seolah-olah mereka semua berada dalam satu penjara yang menghalang mereka mengetahui apa yang berlaku diluar pagar universiti. Ramai dikalangan mereka yang tak tahupun (apatah lagi nak pergi) yang Tok Guru sentiasa bagi kuliah setiap pagi Jumaat di Kota Bharu. Kuliah agama bukan kuliah politik.
Sesuatu perlu dilakukan!
-al- Sayangnya Al pada Tok Guru
Jumaat / 5 Sept 2008 / 308 Nurani Putera
1 comment:
jumaat 28 syaaban,,,sy smpat ke tpt dimana kelas pengajian dijalnkan...
x niat pn nak kesana tapi Alhamdulillah Allah gerakkan hati saya dan rakan2 utk cari kurma disekitar kwsn 2...
trus terang sy tau yang tok guru buat kelas pengajian setiap jumaat tapi x tau dimana lokasinya...
bla smpai sy dan kwn2 tertny knp rmai nyer org kat pasar ni???
jalan punyer jalan br kmi tau yang kat situ tempatnya kuliah tok guru...Subhanallah...bukan sedikit insan yang hadir...terfikir sejenak,berapa ramai pemimpin yang yang sanggup meluangkan masa sebegitu utk mendidik roh rakyatnya...Alhamdullilah,sy diizinkan Allah kembali semula ke negeri asal almarhumah nenda dan bernaung di negeri yang punya pemimpin seperti tok guru...
klau x silap ari 2 jg diperkenalkan seorang imam dari mesir(((kalau sy x salah tapi yang pasti beliau seorang arab)))..imam tersebut mengalunkan bacaan Alquran dan ada hadirin yang menghayati dengan penuh perasaan,ada yg mengalirkan air mata...mungkin shaja bergetar hati mereka mendgr alunan ayt2 Allah yang dibacakan....klau bleh sya mahu terus disini selepas 4 tahun yang akan datang...insyaAllah...Tapi Dialah sebaik2 perancang..
Post a Comment