
"PMI kena tambah Hadhari kat ujung baru senang lulus"
Itulah sms kepada Al daripada salah seorang kakitangan universiti yang bersimpati dengan kami yang selama ini berusaha untuk menubuhkan Persatuan khusus untuk mahasiswa Islam di kampus kesihatan ini. Oleh itu kalau lepas ni ada yang masih nak memperjuangkannya, jangan sesekali guna perkataan PMI, mungkin lebih sesuai jika namanya PMIH (persatuan Mahasiswa Islam Hadhari) baru senang dlulusakan.
Dalam sms yang lain, beliau menyarankan supaya kami meminta pendapat mereka yang telah lama yang mempunyai banyak pengalaman berbanding kami dalam selok belok universiti apex ini. Jazakallah Al ucapkan kepada beliau yang menunjukkan keperihatinan kepada perjuangan ini. Semoga Allah merahmati beliau.
Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi, walaupun PMI kemungkinan besar tidak diluluskan, Al tetap nak ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang bersama-sama dalam memperjuangkan hak mahasiswa/i muslim di kampus ini. Walaupun pada mata manusia kita mungkin dilihat sebagai tidak berjaya, namun hakikatnya disisi Allah siapa yang tahu?.
Kita tidak seharusnya berputus asa, Nabi Allah Nuh a.s berdakwah selama beratus-ratus tahun, namun yang mengikutnya hanya sedikit cuma. Apalah sangat mehnah dan tribulasi yang selama ini kita tempuhi jika nak dibandingkan dengan Nabi Nuh a.s. Apalah sangat kata-kata sindiran sesetengah pihak kepada kita jika dibandingkan dengan Rasulullah yang dikatakan gila dikala membela agama?
Kepada sahabat-sahabat yang terlibat secara langsung serta tidak langsung sekali lagi Al ucapkan tahniah kepada semua. Kepada tenaga penggerak utama, saudara Huzaifah (medic 3), Yb Alif (medic 3), Fadhli (Medic 2), Razi (medic 2), Niza Kasim (Nursing 3) dan Azimah (Nursing 3) dan semua sahabat yang terlibat (maafkan, Al lupa). Yakinilah yang pengalaman adik-adik semua menempuhi perjuangan ini tak akan dilupakan sampai bila-bila.
Walaupun PMI tak diluluskan, Islam mesti digerakkan walaupun kita tak punya platfom secara rasmi. Kita masih punya Pusat Islam, walaupun bergerak dibawah Pusat Islam tak memberi kelebihan kepada kita semua jika dilihat dari sudut mata merit, namun mata merit di sisi Allah pastinya ada jika kita ikhlas dalam memperuangkan agamaNya. Wallahu'alam.
-al- Menanti mata merit di Mahsyar!
Isnin / 22 Ogos 2008 / 18.10 / R308, Nurani Putera.
No comments:
Post a Comment