Friday, August 29, 2008

Ada apa dengan selipar?...

Selepas solat Jumaat semalam, selipar abang Al (al-Khairi) kena curi. Kesian betul pada dia, terpaksa balik dengan berkaki ayam. Dalam perjalanan pulang dari masjid, Al ternampak seorang lagi yang naik motor tampa memakai selipar. Dengan kata lain, selipar dia pun kena curi jugak. Rupanya bukan seorang je yang dicuri seliparnya, ramai lagi yang terpaksa pulang dengan berkaki ayam.

Secara peribadi, Al sendiri dah berapa kali selipar dicuri ketika solat Jumaat. Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Memalukan agama Islam je. Sesungguhnya Islam tak ajar ummatnya mencuri, bahkan Islam menentang keras jenayah mencuri. Tapi sikap segelintir ummat Islam yang suka melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu sedikit sebanyak menyebabkan imej Islam tercemar pada pandangan non-Muslim. Sesuatu mesti dilakukan.

TIPS untuk mengelakkan daripada selipar dicuri..
Al nak berkongsi beberapa tips dengan sahabat-sahabat bagaimana nak pastikan selipar kita tak diambil orang ketika kita ke masjid.

1- Jangan pakai selipar terlalu mahal & terlalu murah.
Kalau terlalu mahal, kemungkinan untuk dicuri tinggi kerana nilai selipar itu sendiri. Kalau terlalu murah juga berkemungkinan untuk hilang samada dicuri oleh pencuri pencuri secondari (orang yang seliparnya dicuri moleh pencuri sebenar) atau orang pinjam untuk ke tandas.

2- Jangan pakai selipar yang typical (selipar yang biasa jemaah pakai).
Selipar yang typical berkemungkinan diambil oleh orang yang membawa selipar dari jenis yang sama (tapi mungkin lebih buruk). Mungkin sebab tertukar, mungkin juga sebab sengaja ditukar. Contoh selipar yang typical adalah selipar jepun atau selipar murah yang dibeli di Maidin.

3- Letakkan selipar sebelah kanan berjauhan dengan selipar sebelah kiri (sembunyikan dari pandangan pencuri antara selipar sebelah kanan & selipar kiri).
Tips ini sangat berkesan & selepas Al amalkan tips ni, selipar Al tak pernah lagi hilang. Dengan teori bahawa, orang tak akan ambil selipar yang hanya ada sebelah. Oleh yang demikian, cuba elakkan daripada meletakkan selipar kita secara berpasanag-pasangan.

4- Basahkan selipar sebelum naik ke masjid.
Biasanya orang tak suka pakai selipar yang basah. oleh yang demikian, antara cara-cara yang berkesan adalah membasahkan selipar kepunyaan kita. InsyaAllah bila dah habis solat jumaat tu selipar kita akan kembali kering. Cuma tips ni hanya sesuai untuk selipar yang tidak mempunyai alahan kepada air.

Wallahua'lam ...

-al- Kembalilah kepada Islam yang sebenar.

Sabtu / 30 Ogos 2008 / R308, USMkk

1 comment:

Abe Chik said...

pakai selpar murah pn(selipar jepun) kena curi gak... huhu.. berdoalah agar si pencuri diberi taufik & hidayah daripada Allah...amin.