Friday, August 1, 2008

Terima Kasih Kepada abg Lan dan kak Han

Terima kasih Al ucapkan kepada abg Lan dan kak Han kerana menghadiahkan Al serban ni, cantik betul. Tapi satu je yang Al pelik, kenapa warna hijau yang dipilih abg Lan dan kak Han ye? Kenapa tak biru ke, merah ke. Al memang suka warna hijau.

Dah lama betul tak pakai serban bila turun solat di surau. Walaupun ulamak khilaf tentang hukum memakai serban ada yang kata sunat, ada yang kata harus sahaja, tapi apa yang pasti masyarakat melihat serban adalah salah satu simbul seseorang itu berlatar-belakangkan Islam atau dengan kata lain, orang yang 'alim dalam agama. Sudah tentu Al bukan orangnya, ilmu agama sangatlah cetek.

Apa-apapun sekali lagi Al ucapkan jazakumallah khairal jaza' kepada abg LAn dan Kak Han atas hadiah tersebut. InsyaAllah Al akan pakai serban tu bila ada maa yang sesuai.

-al- Ada maksud lain di sebalik hadiah tu, betul tak kak Han? hehe...

1 comment:

Anonymous said...

Baarakallah...sama-sama Al. Fulamak...Macam al fadhil ustaz pulaklah Al! He,he..

Kenapa warna hijau? Jangan tak tau! Tengok warna klinik kita orang udah le...he,he...

Emm...betul,betul...ada makna yang tersirat di sebalik yang tersurat dan ada rahsia tersimpan di sebalik sehelai serban! Wushhh...hi,hi,hi...